Tuesday, August 31, 2010

Kahwin lelaki muda

    Tiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan ikatan perkahwinan sebagai noktahnya. Untuk menggapai bahagia, bukan sedikit onak duri yang terpaksa dilalui.Jika sabar menghadapinya pasti bahagia akhirnya.

Monday, August 30, 2010

Kemerdekaan ke 53

       Esok adalah tarikh keramat kepada negara kita .Tanggal 31 hb Ogos setiap tahun seluruh warga Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh kesyukuran. Jalur Gemilang dikibarkan keseluruh negara dengan megah dan bergaya. Rasa bangga, bertuah kerana dilahirkan di bumi yang kaya raya, aman, maju serta kaya dengan pelbagai adat dan budaya.
     Tidak hairanlah negara Malaysia menjadi idaman dan tumpuan berbagai rakyat asinng untuk datang mencari rezeki di sini. Kata mereka " di Malaysia duit ada di mana-mana". Jika boleh, semua pendatang ini ingin menjadi rakyat Malaysia,mereka tidak mau pulang ke negara asal. 
     Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia. Merdeka1 Merdeka! Merdeka!
    

KAWAN , TEMAN ATAU SAHABAT

    
      Kata orang berkawan biar seribu, berkasih biar satu.Jika berteman biar hilang rasa sunyi, jika bersahabat biar dari dunia hingga akhirat. Persoalannya teman bagaimana yang hendak dicari ? 

Sunday, August 29, 2010

Balik kampung

  
   Diam tak diam puasa dah nak habis. Tak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut hari raya.Berbahagialah orang-orang yang dapat mengerjakan puasa dengan sempurna. Mungkin ini merupakan puasa yang terakhir bagi kita.
      Hari raya tahun ini jatuh dalam cuti sekolah Cuti panjang !Kebanyakan warga kota akan pulang ke kampung.Rancanglah perjalanan kita. Pastikan kereta dalam keadaan baik Manalah tau takut-takut berkelah di tepi jalan.

Saturday, August 28, 2010

MASJID DINODAI LAGI

      
      Heh, poning kepala den. Sejak akhir-akhir ni, banyak perkara pelik berlaku. Dulu benda-benda  macam ni tak pernah kita dengar.Belum pun reda pasal tazkirah wakil DAP, Teo Nie Ching , timbul pula kisah Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee - bertazkirah di saf paling hadapan di Masjid at- Taqwa, Selayang Baru.
      Kut ya pun nak menghulurkan bantuan serta mengadakan ceramah, buatlah di dewan atau tempat lain Mereka seolah-olah, tidak menghormati kesucian Ugama Islam, memperkecil arahan Majlis Ugama Islam Selangor dan mencabar Sultan Selangor selaku ketua Ugama Islam di Selangor

Cinta baru KD

     
     Kisah perceraian Anang dan KD sedikit masa lalu,masyarakat pernah melebelkan Anang lelaki baik dan dia sebagai perempuan jahat, dia tidak pernah kisah.Dia pernah dikecam gara-gara berkucupan dengan Raul, pun dia tidak kisah.Sekarang dia sedang meniti bahagia dengan Raul.
     Krisdayanti dan Raul pernah putus cinta selama dua bulan tetapi bertaup kembali pada bulan Jun lalu. KD dilapurkan sudah tidak sabar untuk bergelar isteri Raul. KD memberitahu dia terlalu mentintai kekasih hatinya Setiap bulan KD membayar bil telifon sekitar RM10,000. kerana bergayut. Dia dijangka menikah untuk kali keduanya pada awal tahun 2011.Majlis akan berlangsung di dua negara,Indonesia dan Timor Leste dengan gilang gemilang.

MENURUNKAN BERAT BADAN

     

    Semua jenis makanan yang kita makan akan membekalkan kalori.Sekiranya jumlah kalori daripada makanan kita itu bersamaan dengan jumlah kalori yang kita gunakan untuk aktiviti harian kita, berat badan kita akan menjadi stabil.

Friday, August 27, 2010

LAGU RAYA SANISAH HURI



Sanisah Huri - Selamat Hari Raya

Download

Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita
Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga

Janji Kekasih


Drama 13-episod dihasilkan di bawah tenaga produksi Pena Creative Sdn Bhd ini berkisar tentang perbezaan ketara kehidupan dua keluarga yang lebih selesa merujuk kepada ajaran Islam dan tata susila ketimuran sebagai landasan berbanding dengan keseronokkan menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia setelah hanyut dalam kemungkaran akidah dan akibatnya, kehancuran rumahtangga.

ikan patin masak tempoyak


Ramai antara kita setiap hari pening memikirkan nak masak hari ini. Tanya pada abang," katanya masaklah apa-apa". Tanya pada anak-anak, gitu juga jawabnya. Jadi, apakata hari ini kita masak ikan patin masak tempoyak.Bahan-bahannya senang didapati. Cara memasaknya pun mudah

Thursday, August 26, 2010

NIKAH GANTUNG?

Nikah gantung tiada dalam Islam.Ia merupakan adat yang telah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu.Ramai ulama bersetuju kaedah ini dilaksanakan bagi membantu menyelesaikan masaalah pergaulan dan seks bebas dikalangan remaja.Natijah daripada ini, banyak kes pembuangan bayi berlaku.

sekadar gambar hiasan
Harus diingat,kebanyakan remaja yang terlibat masih muda, masih di alam persekolahan. atau jika dah tamat pun mereka masih belum bekerja. Jika seseorang ingin kahwin, mereka perlu bersedia dari segi mental dan fikikal serta kewangan yang kukuh kerana tanggung jawab yang akan mereka hadapi sangat besar.

Nikah gantung bukan cara yang tepat untuk mengatasi masaalah ini. Banyak faktor lain yang mendorong seperti internet, tv serta lainnya yang perlu dikaji. Cara terbaik seseorang itu perlu kembali kepada ajaran ugama Islam yang sebenar. Renung renungkan.

BOMOH DURJANA DIJEL 69 TAHUN


Lagi kisah masyarakat yang menyayat hati. Pelakuya ialah situa yang berusia 63 tahun . Rumah kata pergi, kubur kata mari. Inilah akibatya jika tiada iman. Malang sekali dipenghujung usia merengkuk dalam penjara. Kenapa ya masyarakat Melayu mudah sangat percaya @ terlalu taksub pada bomoh?

Wednesday, August 25, 2010


Aishah – Pulanglah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails