Saturday, August 28, 2010

MENURUNKAN BERAT BADAN

     

    Semua jenis makanan yang kita makan akan membekalkan kalori.Sekiranya jumlah kalori daripada makanan kita itu bersamaan dengan jumlah kalori yang kita gunakan untuk aktiviti harian kita, berat badan kita akan menjadi stabil.


Sebaliknya jika kita makan lebih kalori daripada yang diperlukan oleh usia, saiz. ketinggian serta gaya hidup kita, lebihan itu akan disimpan sebagai lemak badan, berat badan kita akan bertambah.Tetapi jika kita makan kurang kalori daripada biasa, tahap aktiviti harian kita berterusan atau lebih, maka simpanan lemak kita akan kehabisan untuk membekal tanaga. Dengan kaedah ini, berat badan kita akan menjadi susut.
     Untuk mendapatkan berat badan yang stabil, banyak makan buah-buahan dan sayura-sayuran. Dua jenis makanan ini tidak mengandungi lemak, rendah kandungan kalori dan menjadi sumber terbaik bagi serat, kaya dengan vitamin juga kaya dengan bahan antioksidan yang boleh bertindak sbagai pertahanan menentang kanser dan penuakit jantung.
    Sebelum kita cuba mengubah kebiasaan makan dan mengurangkan berat badan,kita harus membuat persediaan minda. Kita harus bersikap realistik dan matalamat yang mahu kita capai- kelihatan cantik/kacak,kurang tercungap-cungap, merendahkan kolestrol darah,dapat memakai pakaian kegemaran yang lama disimpan.
     Dengan itu kita tidaklah berangan-angan untuk kelihatan seperti seorang model, tetapi lebih berharapan untuk menjadi lebih bertenaga dan berkeyakinan.
    Panduan mengurangkan berat badan bersesuaian umur, saiz dan ketinggian:
1. banyak sabar,badan mengambil masa  untuk menambah berat, begitu juga menurunkan berat badan.
2. timbang berat badan seminggu sekali
3. makan seperti biasa, tetapi kurangkan kuantiti
4. elakan makanan bergoreng
5. makan dalam pinggan kecil supaya hidangan nampak banyak.
6. banyakkan minum air
7. apabila terasa mahu makan di luar waktu makan, buat-buatlah menyibukkan diri.
     Selamat mencuba!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails