Thursday, October 28, 2010

PIALA MALAYSIA- Red Warriors atau Negeri Sembilan?

Demam bola sepak kedua-dua negeri yang berentap tengah hangat.Semua tiket yang diperuntukan untuk kedua-dua negeri habis macam goreng pisang panas.Di Kota Bharu sebanyak 10 000 tiket yang dijual laris dalam masa sejam! Sebanyak 60 000 telah habis dijual di Kota Bharu dan di Seremban.Di percayai ada lagi tiket tambahan sebanyak 30 000 untuk diagihkan sama banyak antara kedua-dua negeri.Mereka berharap tiket tambahan itu segera diagihkan . Ramai penyokong kedua-dua pasukan hampa tidak dapat tiket, sedangkan tempahan bas dah dibuat.

Dalam keghairahan menyaksikan Piala Malaysia , PDRM mengingatkan para penyokong -patuhi peraturan. Jangan cemari dengan insiden yang mencemarkan.Kepada penyokong yang datang dari jauh, pandu dengan cermat untuk mengelak berlaku tragedi yang tiidak diingini.

Opps agak-agaknya "pasukan mana yang akan menjulang PIALA MALAYSIA 2010? " Jika ditilik dari segi luaran, rasa-rasanya Red Warriors yang akan menang, sebab - warna merah, gagah, berani.

Tuesday, October 26, 2010

Lelaki Pandai Memasak Tak Cool?

Tugasmemasak dan pandai memasak secara semulajadi terletak pada wanita. Ini merupakan fakta.Bagaimanapun yang peliknya chef atau tukang masak di hotel, restoran mahupun kedai makan, semuanya lelaki. Secara kebetulan, kaum adam yaang terlibat dalam bidang ini kebanyakan lembut dan tak cool.Apakah benar kenyataan ini?

Monday, October 25, 2010

Kanser Payu Dara Lelaki

Bunyinya pelik, tapi itulah hakikatnya.Selama ini kita semua beranggapan penyakit pembunuh no 1 ini hanya menyerang kaum wanita sahaja.Lelaki juga perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengesan keganjilan seumpama benjolan terutama di puting payudara atau pembesaran sebelah payudara secara tiba-tiba.

Mengikut kajian Majlis Kanser Nasional, dari 1999-2006 seramai enam orang lelaki telah meninggal dunia akibat penyakit kanser. Pada tahun lalu, seorang lagi kematian dicatatkan.Penyakit kanser yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih teruk berbanding wanita, kerana ia akan menyerang organ-organ lain dengan cepat.

Pusat Sumber Kanser Payudara telah ditbuhkan untuk pesakit lelaki  dan wanita.Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan atau kaunseling,  bolehlah ke pusat ini pada bila-bila masa waktu bekerja.Jika anda terdapat tanda-tanda penyakit ini , segera berjumpa doktor. Bertindak awal mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.

Thursday, October 14, 2010

Punca Cinta Tak Lekat


Cinta adalah mainan emosi yang akan memberi keseronokan apabila kita pandai mengemudinya.
Cinta mesti dikawal dengan akal dan perasaan secara seimbang.Cinta yang hidup harus ada gaya mengikat pasangan,bukan menjadi objek yang menyerah kepada pasangan. Kedua-dua mesti saling nemberi dan menerima, barulah cinta itu menjadi.

Sayang atau cinta yang berlebihan boleh menjadi baik atau sebaliknya bergantung pada kesesuaian  masa dan keadaan serta suara hati masing-masing.Satu masa kita kena lebihkan dan pada masa yang lain, harus berpada-pada supaya pasangan kita tidak lupa bersyukur dan terlalu tamak hendak mengeksploitasi diri kita.

Apapun dalam perhubungan, kejujuran, matang,saling menghormati sangat penting. Terimalah seadanya orang yang kita cintai. Benarkah mengikut satu kajian cinta lelaki menggunakan otak, cinta perempuan menggunakan emosi?

Tuesday, October 12, 2010

MERAH Warna Cinta Lelaki



Antara banyak-banyak warna yang ada, warna merah adalah warna cinta lelaki. Menurut dua pakar psikologi dari Universiti Rachester, New York yang menjalankan kajian untuk mengenalpasti bagaimana warna mempengaruhi tindakbalas lelaki terhadap wanita. Keputusan menunjukan warna merah membuatkan lelaki berasa lebih ghairah, tertarik, berkeinginan terhadap wanita. Pada wanita pula, warna merah membuatkan mereka berasa lebih berani serta elegan.

Monday, October 11, 2010

LELAKI TUA vs Wanita Muda

Tidak dinafikan menjalin hubungan intim dengan wanita  muda memang menyeronokkan.Anda mungkin dilihat hebat kerana berjaya menakluk dan menawan wanita muda. Lebih-lebih lagi jika wanita itu menjadi idaman teruna se Malaya. Anda mungkin mendatangkan cemburu di hati orang lain.Namun, anda harus ingat bukan semua perhubungan berjalan dengan baik. Banyak onak dan duri. Anda harus tabah.

Lelaki tua yang mengambil keputusan untuk menjalin hubungan dengan wanita muda sepatutnya selidiki diri.Tanya diri anda apa akan berlaku 20 tahun akan datang.Pada masa itu , anda mungkin  sudah memakai tongkat atau terlantar di katil kerana sakit. Si dia pula mungkin sudah tiada lagi rasa cinta dihatinya, sebaliknya yang ada hanya penyesalan dan mimpi ngeri kerana terpaksa menjaga anda yang sudah tua.

Lelaki tua masih mampu memberikan  keturunan. Bayangkan anda di usia emas mengendung baby, menukar lampin, serta bangun malam membancuh susu . Hai ..rasanya renyah untuk orang tua seperti anda.Sepatutnya di usia itu anda banyakkan amal ibadat, bukan mengasuh anak  Jangan marah bila anak orang kata cucu..

Kepada lelaki tua, fikirlah semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan  menjalin hubungan dengan wanita muda.Akan tetapi, kalau sudah cinta,  segala-galanya sanggup ditepis.

Friday, October 8, 2010

Tip Awet Muda


Kebanyakan wanita hari ini takut dihambat oleh usia. Kita akan melakukan berbagai cara untuk melambatkan proses penuaan . Yalah siapa yang tak kelihatan cantik kan? Lagipun cantik tu untuk yang tersayang . Tak salahlkan! Di sini ada beberapa tip untuk panduan awet muda dan kelihatan segar.Ikuti tip ini:

1. Fikiran positif
jangan banyak berfikir, kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan tua dari usia .Fikirlah secara positif. Sentiasa menerima masaalah sebagai sesuatu yang baik.
2. Pengambilan buah dan sayuran
kandungan vitamin yang terdapat dalam buah adalah berguna untuk kesegaran wajah.
3. Senaman
luangkan masa sekurang-kurangnya 2x seminggu untuk bersenam.
4. Kosmetik yang sesuai
berhati-hati memilih produk kecantikan.Salah memilih produk, ia boleh mengubah wajah anda.

Kenali jenis kulit dan gunakan produk yang sesuai.
5. Tidur yang cukup
seelok-eloknya tidur hendaklah 8 jam sehari.Dengan tidur yang cukup, ia membantu tubuh anda memperbaiki sel -sel  yang rosak

Monday, October 4, 2010

Berkorban Biar Pada Tempatnya.

Ramai perempuan hari ini mudah tewas dengan panahan cinta. Sanggup gadai maruah, hilang kehormatan diri ,ditipu dan ditinggal pergi kerana cinta.Ada yang sanggup didera semata-mata menunjukan rasa setia dan kasih.Jika kita lihat hari ini,ramai orang perempuan yang terpelajar, tetapi dalam bab-bab berkaitan lelaki, mereka kalah dan gagal membuat pertimbangan yang wajar.

Demi untuk membuktikan cinta, ada setengahnya sanggup menyerahkan segalanya kepada jantan secara percuma,  sanggup berkongsi hidup tanpa ikatan perkahwinan. Kerana cinta, ada yang sanggup menanggung teman lalaki macam  biawak hidup . Kalau tak jadi kahwin, siapa yang rugi? ? Siapa yang nak dipersalahkan? Sendiri mau ingat  !

Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesera, sejati dan mulia...
Pengorbanan tanpa batasan . Berbaloikah??
     
Jadi, berkorban biarlah pada tempatnya.Janganlah sampai  diri sendiri yang terkorban.Tak payahlah  cepat sangat terpedaya dengan janji manis, pujuk rayu dan wang ringgit lelaki Sekarang ni banyak sangat cerita seperti mengandung luar nikah, kahwin lari,berkhalwat, jadi perempuan simpanan  dan sebagainya.Kot ya pun nak berkorban demi jantan, janganlah sampai diri sendiri yang terkorban.

Pun begitu, tak semua lelaki jahat, yang baik ada, tetapi sangat sukar ditemui .Pandai-pandailah memilih teman. Jangan sampai dah jadi mangsa, baru sedar. Masa tu , dah terlambat, nasi  dah jadi bubur. Renungkan sejenak sebelum membuat pengorbanan.Bolehkah lelaki membuat pengorbanan yang  sama seperti kamu? Renung-renungkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails