Bunyinya pelik, tapi itulah hakikatnya.Selama ini kita semua beranggapan penyakit pembunuh no 1 ini hanya menyerang kaum wanita sahaja.Lelaki juga perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengesan keganjilan seumpama benjolan terutama di puting payudara atau pembesaran sebelah payudara secara tiba-tiba.
Mengikut kajian Majlis Kanser Nasional, dari 1999-2006 seramai enam orang lelaki telah meninggal dunia akibat penyakit kanser. Pada tahun lalu, seorang lagi kematian dicatatkan.Penyakit kanser yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih teruk berbanding wanita, kerana ia akan menyerang organ-organ lain dengan cepat.
Pusat Sumber Kanser Payudara telah ditbuhkan untuk pesakit lelaki dan wanita.Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan atau kaunseling, bolehlah ke pusat ini pada bila-bila masa waktu bekerja.Jika anda terdapat tanda-tanda penyakit ini , segera berjumpa doktor. Bertindak awal mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda.
No comments:
Post a Comment