Monday, September 27, 2010

APA ITU CINTA

Pernahkah anda bercinta? Ditilik dari sudut manapun cinta menarik untuk dibahas.Cinta itu misteri.Tidak ada kata-kata yang boleh mengukur ke dalamannya. Cinta ibarat sebuah lautan yang tidak bertepi. Cinta tidak dapat dipelajari dalam buku-buku. Ianya datang sendiri tanpa diundang.

Andai di dunia ini tidak ada cinta. hidup akan terasa gersang dan hampa.Cinta mampu membuat sesuatu yang  berat menjadi  ringan, yang sukar menjadi sederhana, permusuhan menjadi perdamaian dan yang jauh menjadi dekat. Itulah gambaran kekuatan cinta.

Benarlah kata orang tua- cinta itu lahir dari mata,  lalu turun ke hati.Cinta  harus melahirkan sikap menerima seadanya orang yang dicintai,  kelebihannya disyukuri, kekurangannya diterima dan diperbaiki  serta  selalu berusaha agar tidak mengecewakannya.

Jika kita mencintai seorang lelaki atau wanita untuk dijadikan isteri atau  suami, maka kita harus berusaha memahami keperibadian, latar belakang keluarga, minat dan ketaatan ugamanya.Jika kita mencintai Tuhan, maka kita harus berusaha memahami ajaran-ajaranNya. Itulah CINTA

Saturday, September 25, 2010

Memilih Pasangan Yang Sesuai


Pasangan yang bagaimanakah sesuai dijadikan teman hidup? Pertanyaan  begini sering bermain di minda lelaki mahupun wanita yang berhasrat menamatkan zaman solo.

Mengikut statistik, kebanyakan pasangan mempunyai latar belakang yang sama. Pasangan berada  menikah  dengan pasangan berada juga.Pasangan yang sederhana atau rendah lebih cenderung menikah dengan mereka yang sama taraf dengannya. Namun tidak dinafikan kebanyakan wanita memilih lelaki yang mempunyai latar belakang ekonomi yang lebih tinggi dan kukuh.

Tidak semua kritiria yang diimpikan oleh setiap orang akan terlaksana. Bagaimanapun setidak-tdaknya ciri-ciri yang hampir pun sudah memadai. Paling tidak ia memiliki ciri-ciri yang tidak  anda miliki. Misalnya seorang yang pendiam akan memilih yang peramah.

Bagaimanapun kejujuran ,pesefahaman,  hormat menghormati, amat penting dalam menjalin perhubungan .  Cinta ? Penting. Wang ringgit? Lagi penting.Ada wang abang sayang, tak ada wang, cik abang melayang. Betulkah begitu? Tepuk dada tanya selera.

Langsing Menawan

tiru macam saya    

Memliiki tubuh yang  langsing dan menawan sememangnya menjadi impian setiap wanita.Namun, untuk memenuhi impian itu bukan sesuatu yang mudah. Jika akhirnya kita berjaya menurunkan berat badan, untuk mengekalkannya juga bukan mudah, cabarannya lebih besar- bagaimana untuk kekal langsing selamanya.

Berikut ada beberapa tip yang boleh diikuti sebagai panduan:
-makan bila lapar.Sebaiknya tetapkan waktu makan anda setiap hari.
-berhenti makan sebelum kenyang.
-jika terasa lapar sebelum waktu makan,makanlah buah-buahan atau sayuran.
-makan malam sebaiknya sebelum pukul 7 .
-makanan yang diambil perlu banyak sayuran.
-elakkan makanan yang bergoreng.
-elakkan mengambil makanan ringan.
-kunyah makanan sehingga hancur.
-jangan makan bersulamkan air.Seeloknya minum air setengah jam selepas makan .
-lakukan senaman ringan sekurang-kurangnya sejam stiap hari.

Jika anda tekun mengamalkan diet ini, pasti hasilnya mengkagumkan. Anda pasti lebih yakin dan orang tersayang pun sayang!!! Selamat mencuba.

Monday, September 20, 2010

Hattan dan Ariani bakal Rujuk ??



Alkisahnya Hattan dan Ariani dikhabarkan akan rujuk selepas hari raya ini. Jika benar apa yang didengar, kami peminat sangat gembira. Kau orang  pun  dah lama membujang.Demi Adam yang dah semakin remaja, eloklah kau orang bersatu semula. Buang yang keruh, ambil yang jernih. -


Sunday, September 19, 2010

KISAH KEJAYAAN DATUK SOSILAWATI

Kisah hidup Sosilawati sememangnya  penuh warna. Dia menapak dalam dunia perniagaan dari bawah.Sosilawati memulakan perniagaan dari rumah ke rumah, sambil mengendung anaknya.Semua ini dilakukan demi enam orang anak-anaknya selepas ditinggalkan oleh suaminya.

Kejayaan beliau mengusahakan perniagaannya sangat mengkagumkan. Dalam tempoh 10 tahun, Sosilawati berjaya mengembangkan perniagaan dengan memiliki  lebih  300 cawangan di seluruh negara termasuk di Singapura, Brunai dan Thailand.

Bukan senang seorang surirumah bermula dengan ziro boleh mencapai kejayaan yang luar biasa. Kegigihan dan semangat juangnya wajar kita contohi.Sosilawati telah memberikan beberapa tips kejayaan dalam  perniagaan. Antaranya ialah:
1. apabila anda kurang mahir dalam sesuatu bidang cari seorang atau dua staf yang berkemahiran tinggi untuk berkhidmat di syarikat anda
2. berusaha belajar.selok belok perniagaan itu dari staf berkenaan sehingga  menjadi mahir sepertinya.
3. jangan sekali-kali menunjukkan anda tidak mempunyai kemahiran di hadapan pekerja.Berusaha belajar      sebanyak mungkin dan meningkat kecekapan diri.
4.sebagai bos anda perlu mengambil tahu serba serbi dan menjadi pakar dalam perniagaan anda.
5. jangan   menipu. Orang yang menipu tidak akan berkat.

Inilah antara resipi kajayaan Sosilawati yang boleh kita ikuti.Marillah kita sama-sama berdoa pembunuh kejam Sosilawati akan mendapat pembalasan yang setimpal

Saturday, September 18, 2010

Skandal Sex Atlit Barat

Kita dikejutkan dengan skandal sex atlit ternama barat.Bermula dengan peamain golf Tiger Wood yang diberitakan telah mengadakan hubungan sex dengan  lebih 12 orang wanita pada hujung tahun lalu. Dikhalayak ramai, Woods tampil  dengan image yang bersih.Dia dikatakan seorang suami dan bapa yang penyayang.Selepas hubungannya didedahkan oleh media,Woods dan isterinya Elin akhirnya bercerai secara rasmi pada 23 Ogos 2010



Selepas  itu, media turut memaparkan pula kisah kapten skuad  kebangsaan England pada Piala Dunia, John Terry.Terry pernah menimbulkan suasana tegang dalam skuad bola sepak England selepas media mendedahkan dia menjalin hubungan dengan bekas teman wanita Wayne Bridge iaitu Vanessa Perroncel Ekoran  insiden itu, .persahabatan mereka telah renggang .



Sementara itu  mahligai pemain Chelsea Ashley Cole dan Cheryl Cole telah berkecai ekoran penyebaran gambar bogel  Ashley dengan seorang model terkenal Britain.




Terbaru ialah skandal bintang bola sepak England Wayne Rooney. Dia telah menjalin hubungan dengan pelacur ketika isterinya  Colleen sedang mengandung anak sulung mereka.Dia dikatakan membayar 1,200 pound (RM 5,747 )  untuk mendapatkan khidmat sex seorang pelacur muda bernama Jennifer Thompson.
Yang menjadi tanda tanya sekarang - mampukah petrkahwinan  Colleen diselamatkan?

Mengapa berlaku curang? Jika kita perhatikan dia orang ni,  tampan ,kaya, ternama. Pasangan   mereka pula- cantik, muda , seksi.Kenapa masih cari yang lain? Soalan ini selalu memeningkan aku. Aku tak faham mengenai spesis ini --LELAKI.




.

Friday, September 17, 2010

Petua melazatkan ikan beku


Tahukah anda ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan terasa tawar dan tidak segar?Cara mengatasinya mudah iaitu dengan merendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit.Kemudian basuh dengan air bersih. Ikan sedia untuk di masak mengikut citarasa anda. Selamat mencuba!

Timun Mampu Kurangkan Berat Badan

Timun dikenali juga sebagai cucumber atau nama botaninya cucumis sativus. Ianya kaya dengan vitamin dan mineral. Isi timun mengandungi kandungan air yang tinggi serta vitamin c yang dikatakan mampu merangsang pertumbuhan semula sel,kesihatan imun dan bertindak sebagai antioksida berkuasa. Kulit timun pula mengandungi serat  yang membantu badan membuang bahan buangan secara semulajadi melalui kesan diuretik dan laksatif, juga mengandungi pati mineral seperti kalium yang membantu menyeimbangkan garam dalam tubuh dan mengawal tekanan darah tinggi serta menyokong kesihatan jantung.Zat dan khasiat timun hanya akan diperoleh jika dimakan tanpa membuang kulit.

Buah timun digunakan untuk membersih sistem tubuh dengan cara membuang bahan buangan dan toksin. Biji timun digunakan untuk menyingkirkan cacing. Jus timun amat baik dalam merawat penyakit gigi dan gusi . Timun juga digunakan sebagai bahan untuk kecantikan wanita iaitu sebagai pelembap semulajadi, mencegah kedutan dan penuaan. Dengan meletakkan hirisan timun disekeliling mata,ia mampu menghilangkan lingkaran gelap,  melegakan keletihan mata, serta merawat masaalah mata bengkak dan sembab. Cubalah !

Puisi dari si suami kepada si isteri


PUISI UNTUK SUAMIKU

Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran daripadaku..
Ingatlah bahtera yang kita kayuh,
begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi,
hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa,
Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu..
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain..

BALASAN PUISI SANG ISTERI BUAT SUAMI

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang suria yang memberi cahaya,
aku relakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan,
kerana mereka juga sepertiku perlukan cahayamu dan..
akupun tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu..

AKAN TETAPIIIII...
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti..
Cuba lihat siapa dirimu..

MATAHARI atau LILIN?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!

Oh, 'please' lah abang...!!!
NAK KAWIN LAIN KONON!!!

dicedok dari ohh.sayang edisi julai

Wednesday, September 15, 2010

Akhirnya Mereka Bertunang


Setelah puas diusung ke sana ke mari, akhirnya tercapai juga hajat Memey untuk menjadi tunang Norman. Tanggal 13 Sept lalu, Norman Hakim 34 tahun dan Memey 22 tahun telah selamat melangsungkan pertunangan.Majlis itu berlangsung di kediaman  Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 dekat Kota Tinggi. Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran. Pihak perempuan membalasnya dengan tujuh dulang hantaran.

Sepatutnya mereka berdua ni tak payah bertunang, kahwinkan terus  sebaik saja ditangkap khalwat dulu..Tak payah nak ikutkan adat.Orang yang mengikut adat, bukan begini caranya.

Kepada  Memey, sudahkah anda bersedia menjadi ibu segera?

Kepada Norman,selesaikan apa-apa yang belum anda selesaikan dengan bekas isteri anda.Anda sendiri maklum.Tanggungjawab anda kepada anak-anak yang sedia ada , jangan dikurangkan atau dilupakan apabila telah membina keluarga baru. Ingat,jangan tak ingat!

Kematian Yang Tragis

Aku masih bingung,sedih,geram bila mengenangkan cara kematian Datuk Sosilawati serta tiga lelaki  yang bersamanya. Betapa azabnya mereka. Pada fikiranku, syaitan pun tak sanggup melakukannya.Segunung tahniah kepada PDRM kerana telah berjaya menangkap pembunuh yang kejam itu dalam masa yang singkat. Kepada pihak mahkamah,  jangan teragak-agak untuk jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan.Kepada kaum keluarga yang terlibat, tabahkan hati kalian, panjatkan doa supaya roh mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang    beriman.Amin.

Tuesday, September 14, 2010

Sikap Buruk Punca Kemalangan

Setiap kali musim perayaan, kita dipaparkan dengan berita kemalangan. Banyak nyawa yang terkorban.Bermacam cara telah digunakan oleh PDRM untuk mengurangkan / mengelakkan tragedi dari berlaku, malangnya masih gagal.

Sikap buruk serta mementingkan diri sendiri adalah punca utama . Jalanraya tu seolah-olah mereka punya. Rasa nak memotong, depa potong-tak dapat potong kut kanan, potong kut kiri. Ini belum cerita bab langgar lampu isyarat.Is..is.. is .. macam dia sorang saja nak cepat.Inilah sebahagian dari sikap pemandu kita. Nak salahkan siapa bila kemalangan berlaku.?

Wednesday, September 8, 2010

HARI LEBARAN

Esok  jangkanya aku nak balik kampung. Kami bercadang lepas sembahyang Isyak, kami bertolak ke kampung nun di Pantai Timur. Hati meronta-ronta nak balik, tambahan pula  ibuku asyik bertanya, bila nak balik.Ibuku mengomel, katanya aku  sekalipun tak berbuka puasa di rumah.

Add caption
Balik kampung punya hal, aku  redah juga. Raya tahun lepas, punggungku jadi kematu, mana taknya lama duduk dalam kereta, hampir 16 jam . Huh sedih Perasaan itu aku lempar jauh-jauh,.  dah terbayang diruang mata wajah ibuku serta halaman rumah kami. Yang paling penting sekali, aku tak sabar nak makan masakan ibuku. Pasti ada makanan kesukaan ku.
.Em m sedap.

Tuesday, September 7, 2010

Jerat Cinta Lelaki Asing

Trend bercinta dengan lelaki asing semakin berleluasa. Ini menunjukan warga tempatan lebih tertarik kepada warga asing.Punca dan sebabnya sukar didapati, hanya mereka yang terbabit saja yang tahu jawapannya.

Saban hari ada saja cerita gadis tempatan yang dilarikan atau melarikan diri  dengan warga asing di dada-dada akhbar. Gadis-gadis ini tidak pernah serik dengan cerita-cerita mereka yang terdahulu melarikan diri .Semua cerita itu tidak menggerunkan mereka.Mereka langsung tidak mengambil iktibar.

Benarkah warga asing pandai bermain kata-kata?Bijak memujuk rayu? Hingga menyebabkan gadis tempatan terbuai rasa  dan tidak kisah melarikan diri dari rumah, Lebih dasyat lagi,  sanggup menyabung nyawa merentas lautan berkelana ke negara asing.Mereka tergamak membuang keluarga dan memperjudikan masa depan demi kerana cinta.Berbaloikah?

MENGAPA TIDAK SOLAT?

Solat adalah ibadah yang paling utama dalam Islam .Ia diibaratkan sebagai tiang ugama.. Melalui  solat, kita diajak mengingati Allah dan mengadu kepadaNya. Dan Allah akan  memberi ketenangan kepada jiwa kita, memberi  kekuatan kepada jiwa orang Muslim. 

Demikianlah besarnya peranan solat 5 waktu .Janganlah ada antara kita yang merasa terbeban untuk melakukan solat  Rugilah orang yang tidak melakukan solat  Solat itu sebenarnya dapat meringankan beban manusia.

Akhir kata semoga Allah mudahkan kita dalam melaksanakan ibadah solat dan memeliharanya pada setiap waktu.
           

Monday, September 6, 2010

AHLI PERNIAGAAN, USAHAWAN, LIAT MEMBAYAR ZAKAT

Membaca tajuk di atas, perasaan penulis bercampur-baur, sedih, kasihan.Ini menunjukan ada antara kita yang tidak tahu mengenai rukun Islam.Zakat ialah rukun Islam yang ke empat.Ianya wajib dibayar apabila telah cukup haulnya

Ingatlah harta yang kita dapat, semuanya datang dari Allah. Di dalam harta kita ada harta orang lain. Itulah sebabnya kita diwajibkan berzakat. Dengan mengeluarkan zakat, kita sebenarnya menyuburkan lagi harta kita.Ini janji Allah 

Kutipan zakat di negeri Selangor pada tahun 2009 sebanyak RM279,191,041.00 juta.Ianya diagihkan mengikut program yang telah dibuat, iaitu
     Program Pembangunan Sosial
     Program Pembanguan Insan
     Program Pembangunan Ekonomi
     Program Pembangunan Institusi Agama

Anda sudah berzakat?
Terima kasih.karana menunaikan tanggungjawab BERZAKAT

TandaTanya Kehilangan Jutawan Kosmetik

Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu bersama pemandu,peguam dan  seorang pegawai sebuah bank ketika menuju ke Banting Selangor untuk urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.


Bagaimanapun kerta BMW milik beliau ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 . Sementara kereta milik peguamnya di hadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.Pihak polis sedang menjalankan siasatan.

Kita berhatap semoga anak-amak beliau serta keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini.Marilah sama-sama kita berdoa semua yang hilang itu selamat. Amin.

Sunday, September 5, 2010

PENELOPE CRUZ wanita tercantik di dunia



Menurut kajian usia bukan penghalang untuk sesaorang wanita muncul sebagai wanita yang tercantik di dunia.Dari 10 wanita yang tersenarai, Penelope ternyata menduduki senarai yang teratas.Tiada siapa menduga dalam usia yang hampir 40 tahun, dia masih kelihatan cantik di mata peminatnya.

Saturday, September 4, 2010

Syawal Penuh Makna

Seluruh umat Islam menantikan detik 1 syawal dengan penuh erti. Ia melambangkan hari kemenangan untuk kita setelah selesai menjalani ibadat puasa selama sebulan

Tidak kira kecil, besar, tua,  muda semuanya  menyambutnya dengan gembira. Yang jauh berkirim salam, yang dekat kunjung-mengunjung serta bermaafan. Sedihnya  di hari yang baik, bulan yang baik masih ada insan yang masih tertunggu serta mengharap kepulangan anak untuk menyambut syawal bersama.Mengapa terjadi begini? Tidak adakah rasa belas ? Sudah keringkah perasaan kasih terhadap orang tua kita?. Walau apapun perbuatan mereka terhadap kita, kita harus berbuat baik terhadap mereka. Ingatlah syurga di bawah tapak kaki ibu.

Aida Aris Menikah


Aida Aris telah selamat menikah dengan Husfarid Shaikh Ali 38 tahun di kediaman Aida di Taman Sierra, U Kay. Mereka di nikahkan oleh Us Daim Jajuli dengan mas kahwin RM330 .Hantaran berupa sebentuk cincin dari pihak lelaki dan dibalas dengan cincin di pihak Aida. Selamat Pengantin baru.

Bakar Bendera Jalur Gemilang

Tindakan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) membakar bendera Malaysia serta melempar najis manusia di Jakarta, tidak menyebabkan rakyat negara ini melatah.Kita rasional.Tindakan mereka memalukan serta merugikan mereka.- industri pelancungan mereka runtuh. Siapa nak pergi kalau tidak selamat.Itu baru satu contoh.

Hasrat mereka untuk sweeping Malaysia juga gagal.Jika kita mengikut rentak mereka, berapa banyak rakyat Indonesia yang dapat kita sweep Pergilah ceruk mana ada saja rakyat Indonesia..Mereka menggesa rakyat Indonesia yang bekerja di sini pulang- mereka enggak pulang.Mereka tau jika pulang -mau makan apa? Kita sangat mengalu-alukan yang datang jalan belakang supaya pulang ke negara mereka.Mereka berdegil.Sebabnya hanya satu- Malaysia lubuk emas.

Sebenarnya sudah banyak kali rakyat Indonesia menggores hati dan perasaan rakyat Malaysia.Susu yang diberi,tuba yang meraka balas. Kita tidak harus tunduk pada tuntutan mereka.Banyak onar yang telah dibuat oleh rakyat Indonesia di sini. Kita banyak bertolak ansur serta prihatin.Setiap kali mereka ditimpa musibah, kita bantu.Apa jadi jika Malaysia pejamkan mata?

Thursday, September 2, 2010

Norman dan Memey bakal kahwin?




Setelah puas menayangkan rasa cinta di khalayak ramai, pasangan kontroversi Norman dan Memey khabarnya akan menamatkan teka -teki perhubungan mereka. Mereka dijangka  akan bertunang selepas hari raya ini. Kemudian bakal disatukan pada tahun depan.Sekarang mereka sedang meniti bahagia.. Senyum tak lekang dari bibir . Baguslah gitu . Sepatutnya dah lama mereka ambil keputusan ini. Memey pun dah bersedia untuk menjadi ibu segera kepada 3 orang cahaya mata Norman hasil perkahwinan terdahulu. Selamat berbahagia .

Hentikan Merokok


     Anda merokok? Ketagihan merokok bukanlah satu perkara yang mudah diatasi.Sungguhpun merokok tidak dianggap sebagai penyakit,namun merokok itu mengundang berbagai simpton yang menjejas kesihatan seperti sinus, batuk, keletihan, sesak nafas. Dari aspek fizikal, jari yang memegang rokok menjadi lebam, warna bibir birat, gigi bertukar menjadi kekuningan.Tambah meloyakan  -badan, baju, rambut semuanya berbau tembakau. Jika merokok berpanjangan ia akan membawa kepada penyakit kanser, sakit paru-paru, lumpuh dan ganggren. Nyata sekali bahaya akibat merokok bukan sedikit. Anda bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga orang disekeliling anda.
     Anda berazam untuk berhenti merokok? Tahniah dan syabas! Andaikan anda benar-benar mahu berhenti , bertindak sekarang.Elakkan diri anda dari situasi berikut:
a. merokok selepas makan
b. merokok sambil minum kopi panas.
c. merokok apabila merasa runsing/ marah.
d.merokok ketika membaca
e. merokok sebaik saja bangun dari tidur.
      Jika ketagihan  merokok masih lagi kuat, kunyahlah gula-gula atau makan buah-buahan atau cuba sibukkan diri. Hendak seribu daya. Selamat mencuba!

Wednesday, September 1, 2010

Solat Untuk Kesihatan

Jangan terkejut jika diberitahu  solat dapat menyembuhkan penyakit yang merbahaya Kenyataan ini telah diakui oleh pakar perubatan.-solat
yang khusyuk adalah amalan meditasi yang terbaik.Bacaan dalam solat menyebabkan manusia berada dalam keadaan antara jaga dan tidur.
Cubalah. Lihat hasilnya.

Lelaki kulit gelap lebih seksi

    Warna kulit di antara lelaki dan wanita menjadi daya penarik yang tersendiri.Lelaki sukakan wanita berkulit cerah.Wanita pula lebih meminati lelaki berkulit gelap.Kata lelaki warna kulit putih melambangkan kesucian,baik,berbudi pekerti mulia dan lemah.
    Wanita pula beranggapan lelaki berkulit gelap - daripada sawo matang kepada kulit hitam ada daya penarik,  rakus, bahaya ,penuh misteri ,hebat, dan  ada daya tarikan seks.Anda pula bagaimana?

Kata-kata dan Senyuman


Ramai orang yang terluka hati kerana kata-kata.Ramai juga yang gembira dengan sebab kata-kata . Tutur kata yang baik beserta dengan senyuman merupakan penawar. Ayuhlah kita jaga kata-kata kita untuk mengembirakan sahabat kita. Dengan sekadar senyuman, ucapan salam atau berjabat tangan sudahpun terjalin  satu hubungan. Pada zaman moden ini SMS,MMS dan e-mel dapat mempercepatkan lagi aktiviti komunikasi antara kita.Jom kita bina hubungan silatulrahim.Semoga hidup kita bertambah ceria dan bersemangat.
 .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails