Thursday, September 2, 2010

Hentikan Merokok


     Anda merokok? Ketagihan merokok bukanlah satu perkara yang mudah diatasi.Sungguhpun merokok tidak dianggap sebagai penyakit,namun merokok itu mengundang berbagai simpton yang menjejas kesihatan seperti sinus, batuk, keletihan, sesak nafas. Dari aspek fizikal, jari yang memegang rokok menjadi lebam, warna bibir birat, gigi bertukar menjadi kekuningan.Tambah meloyakan  -badan, baju, rambut semuanya berbau tembakau. Jika merokok berpanjangan ia akan membawa kepada penyakit kanser, sakit paru-paru, lumpuh dan ganggren. Nyata sekali bahaya akibat merokok bukan sedikit. Anda bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga orang disekeliling anda.
     Anda berazam untuk berhenti merokok? Tahniah dan syabas! Andaikan anda benar-benar mahu berhenti , bertindak sekarang.Elakkan diri anda dari situasi berikut:
a. merokok selepas makan
b. merokok sambil minum kopi panas.
c. merokok apabila merasa runsing/ marah.
d.merokok ketika membaca
e. merokok sebaik saja bangun dari tidur.
      Jika ketagihan  merokok masih lagi kuat, kunyahlah gula-gula atau makan buah-buahan atau cuba sibukkan diri. Hendak seribu daya. Selamat mencuba!

1 comment:

Dayat said...

berhenti untuk kebaikan semua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails