Kita dikejutkan dengan skandal sex atlit ternama barat.Bermula dengan peamain golf Tiger Wood yang diberitakan telah mengadakan hubungan sex dengan lebih 12 orang wanita pada hujung tahun lalu. Dikhalayak ramai, Woods tampil dengan image yang bersih.Dia dikatakan seorang suami dan bapa yang penyayang.Selepas hubungannya didedahkan oleh media,Woods dan isterinya Elin akhirnya bercerai secara rasmi pada 23 Ogos 2010
Selepas itu, media turut memaparkan pula kisah kapten skuad kebangsaan England pada Piala Dunia, John Terry.Terry pernah menimbulkan suasana tegang dalam skuad bola sepak England selepas media mendedahkan dia menjalin hubungan dengan bekas teman wanita Wayne Bridge iaitu Vanessa Perroncel Ekoran insiden itu, .persahabatan mereka telah renggang .
Sementara itu mahligai pemain Chelsea Ashley Cole dan Cheryl Cole telah berkecai ekoran penyebaran gambar bogel Ashley dengan seorang model terkenal Britain.
Terbaru ialah skandal bintang bola sepak England Wayne Rooney. Dia telah menjalin hubungan dengan pelacur ketika isterinya Colleen sedang mengandung anak sulung mereka.Dia dikatakan membayar 1,200 pound (RM 5,747 ) untuk mendapatkan khidmat sex seorang pelacur muda bernama Jennifer Thompson.
Yang menjadi tanda tanya sekarang - mampukah petrkahwinan Colleen diselamatkan?
Mengapa berlaku curang? Jika kita perhatikan dia orang ni, tampan ,kaya, ternama. Pasangan mereka pula- cantik, muda , seksi.Kenapa masih cari yang lain? Soalan ini selalu memeningkan aku. Aku tak faham mengenai spesis ini --LELAKI.
.
No comments:
Post a Comment