Trend bercinta dengan lelaki asing semakin berleluasa. Ini menunjukan warga tempatan lebih tertarik kepada warga asing.Punca dan sebabnya sukar didapati, hanya mereka yang terbabit saja yang tahu jawapannya.
Saban hari ada saja cerita gadis tempatan yang dilarikan atau melarikan diri dengan warga asing di dada-dada akhbar. Gadis-gadis ini tidak pernah serik dengan cerita-cerita mereka yang terdahulu melarikan diri .Semua cerita itu tidak menggerunkan mereka.Mereka langsung tidak mengambil iktibar.
Benarkah warga asing pandai bermain kata-kata?Bijak memujuk rayu? Hingga menyebabkan gadis tempatan terbuai rasa dan tidak kisah melarikan diri dari rumah, Lebih dasyat lagi, sanggup menyabung nyawa merentas lautan berkelana ke negara asing.Mereka tergamak membuang keluarga dan memperjudikan masa depan demi kerana cinta.Berbaloikah?
2 comments:
Sikap & peribadi yg seperti lelaki sejati yg budiman menambat hati wanita. Ada gak pendatang yg cuma ambil kesempatan, x kira tua/muda, cantik/biasa semua dirembat, asal ada duit.. Yg dari Indon terutamanya x ganteng mana, tp sopan, sabar, merendah diri, suka membantu.. x percaya? Biasa2kan bergaul dgn mereka, bukan ayat semata yg mereka guna tuh.. Jangan marah ya lelaki Malaysia..
hahha.... bagi aku, ayat power. biasa la... ada la muslihatnya. nak kerakyatan kot?
Post a Comment