Sunday, September 19, 2010

KISAH KEJAYAAN DATUK SOSILAWATI

Kisah hidup Sosilawati sememangnya  penuh warna. Dia menapak dalam dunia perniagaan dari bawah.Sosilawati memulakan perniagaan dari rumah ke rumah, sambil mengendung anaknya.Semua ini dilakukan demi enam orang anak-anaknya selepas ditinggalkan oleh suaminya.

Kejayaan beliau mengusahakan perniagaannya sangat mengkagumkan. Dalam tempoh 10 tahun, Sosilawati berjaya mengembangkan perniagaan dengan memiliki  lebih  300 cawangan di seluruh negara termasuk di Singapura, Brunai dan Thailand.

Bukan senang seorang surirumah bermula dengan ziro boleh mencapai kejayaan yang luar biasa. Kegigihan dan semangat juangnya wajar kita contohi.Sosilawati telah memberikan beberapa tips kejayaan dalam  perniagaan. Antaranya ialah:
1. apabila anda kurang mahir dalam sesuatu bidang cari seorang atau dua staf yang berkemahiran tinggi untuk berkhidmat di syarikat anda
2. berusaha belajar.selok belok perniagaan itu dari staf berkenaan sehingga  menjadi mahir sepertinya.
3. jangan sekali-kali menunjukkan anda tidak mempunyai kemahiran di hadapan pekerja.Berusaha belajar      sebanyak mungkin dan meningkat kecekapan diri.
4.sebagai bos anda perlu mengambil tahu serba serbi dan menjadi pakar dalam perniagaan anda.
5. jangan   menipu. Orang yang menipu tidak akan berkat.

Inilah antara resipi kajayaan Sosilawati yang boleh kita ikuti.Marillah kita sama-sama berdoa pembunuh kejam Sosilawati akan mendapat pembalasan yang setimpal

6 comments:

Unknown said...

tips yg amat berguna...inilah contoh org yang kuat prinsip hidupnya....

Anonymous said...

tips amat useful..
dan cerita yg jarang org tahu ;D

papadam said...

hebat dia ni. sayang sungguh

Rafhan said...

Saya sangat senang dengan komen yang diberikan oleh penganalisis jenayah pertama di Asia, Kamal Afendi Hashim bahawa Dato Sosilawati menyumbang jasa sehingga ke saat akhir kematiannya. Dengan pembunuhan yang sangat kejam terhadap Dato sosilawati dan 3 rakannya, maka terbongkarlah keseluruhan Episod kejam pembunuhan yang berjaya ditutup sebelum ini. Pada pendapat saya, bukan hanya si pembunuh yang perlu dihukum, tetapi si penerima rasuah (jika ada) pun perlu dihukum. Kerana amalan rasuah lah yang merosakkan integriti sesebuah bangsa & negara sehingga menyumbang kepada kes-kes jenayah seperti ini. Wallahualam.
(Takziah kepada keluarga Dato Sosilawati dan 3 Rakannya. Semoga Tabah & diberi kekuatan menghadapi dugaan Allah yang berat ini)
September 22, 2010 6:34 AM

miss ell dita said...

Takziah kepada keluarga Dato Sosilawati dan 3 Rakannya. Al fatihah

kyle said...

takziah kpd keluarga Dato sosilawati, tips yg amat bernas!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails